Hi guys!
Korang pernah pos barang ke Luar Negara tak?
Kalau belum dan tak tahu nak pos bagaimana, meh aku nak share sikit cara paling mudah nak pos barang ke Luar Negara melalui Pos Malaysia
Kenapa Pos Malaysia? Sebab Pos Malaysia, ada servis yang paling murah dan kos penghantaran sangatlah berpatutan. Bukan dengan Pos Laju ya, tapi denganย FlexiPackย International
Pertama sekali, apa yang korang perlu tahu untuk hantar barang ke luar negara adalah,
Alamat Penerima
Kenapa kena tahu alamat? Sebab dari alamat la kita akan tahu kos secara kasar untuk penghantaran barang ke sana. Kos sangatla penting, untuk kita caj pada buyer nanti
Kedua, apa kita perlu tahu adalah berat sesuatu barang yang nak dihantar.
Berat Barang
Berat barang pun penting, sebab jumlah berat sesuatu barang akan memberi kesan pada harga kos yang akan dicaj nanti.
Korang boleh refer jadual dibawah, kos adalah berdasarkan pada Zon (Negara) dan Berat barang yang hendak dihantar melalui FlexiPack.
Harga Kos Penghantaran diatas adalah tanpa Tracking Number
**Kalau nak tracking number, kena tambah RM13.50 (untuk setiap tracking number)
Kalau korang memang seller yang menjual barang sehingga ke pasaran luar negara, korang memang kena ada satu digital scale untuk kita tahu jumlah berat sesuatu barang yang nak dihantar sebelum kita pergi pos. Supaya kos nak pos tu nanti, tak lari daripada kos asal yang kita caj pada buyer. Kalau tersilap berat, rabak lah duit nak tambah pada Pos Malaysia nanti hahaha
Perlu diingatkan, berat barang selepas pembungkusan akan berubah dari berat asal. So total berat selepas pembungkusan adalah sangat penting untuk kita tahu total kos.
Part ni memang korang kena hati-hati wei, sebab aku dah pernah kena. Aku timbang barang time bungkus kat rumah jer. Bila dah masukkan dalam flyers, aku tak timbang pun. So barang yang aku nak pos tu, beratnya dah berubah. So aku kena tambah RM1 sebab berat melebihi 10g dari berat asal. Nasib baik RM1, kalau berpuluh-puluh ringgit bikin naya jer haha
Contoh Pengiraan Kos (Rujuk pada jadual diatas)
Katakan lah berat barang yang hendak dihantar ke alamat US (United States) adalah 200g.
US = Zone 2, Berat 200g
Berat barang 151g – 250g kosnya adalah RM28. Jadi kos pos barang ke US tanpa tracking number adalah RM28. Jika nak tambah tracking number, kena bayar lagi RM13.50. Harga setiap tracking number adalah RM13.50 (setiap satu)
Pos ke US (200g) + Tracking Number = RM28 + RM13.50 = RM41.50 (Total Kos Penghantaran)
Biasanya total berat barang yang kita nak hantar selepas complete pembungkusan, akan bertambah lagi beberapa gram. Contoh, berat asal barang adalah 200g. Tapi bila dah balut semua dengan bubble wrap dan masuk dalam flyers / box, berat barang akan bertambah dari 200g ke 220g.
So perlu lebih berhati-hati dekat sini. Takut terlebih berat, caj akan bertambah ๐
Tracking Number
Kalau taknak beli tracking number boleh tak? Jimat RM13.50
Boleh je kalau nak pos tanpa tracking number. Tapi kalau apa-apa berlaku, barang tak sampai ke apa, korang sebagai seller la kena tanggung. Bagi aku, tracking number adalah wajib. Senang nak trace barang tu dekat mana sehingga sampai ke buyer.
Cara nak pos tu, korang boleh baca disiniย http://www.astraveller.com/2020/07/flexipack-international-pengalaman.html
Adios,
ASTraveller.com