Barang Lama / Pre-Loved Di Car Boot Sale

Assalam.

Korang suka kumpul atau cari barang-barang lama atau pre-loved atau lebih senang kiter panggil barang bundle dan branded tapi boleh dapatkan dengan harga mur-mur?

Kalau suka, sekali-sekala korang kena terjah cari barang di Car Boot Sale.

Car Boot Sale?

Ya, Car Boot Sale..

Korang tau kan Car Boot Sale? Atau jualan buka bonet kereta? Dah ramai yang berniaga menggunakan konsep Car Boot ini dan harga jualannya pun jauh lebih murah dari harga pasaran.

Tak caya? hehe



Aku salah seorang penggemar pakaian bundle dan juga salah seorang peniaga di Car Boot Sale untuk pakaian bundle (Julfy Bundle). So, aku boleh sugest kat korang 3 tempat yang paling best nak selam barang bundle.

1) Car Boot Sale Kota Damansaraย (Ahad, 7pagi – 11 pagi)
2) Car Boot Sale Subest (Subang Bestari)ย (Jumaat, Sabtu & Ahad, 6ptg – 12mlm)
3) Car Boot Sale Tesco Shah Alamย (Sabtu 4ptg – 12mlm)

Kalau korang tinggal di sekitar Petaling Jaya / Shah Alam / Subang Jaya, tempat pertama yang korang wajib terjah adalah di Pasar Karat Kota Damansara atau lebih dikenali sebagai Car Boot Sale Kota Damansara.


Car Boot Sale Kota Damansara Kredit: Google

Meriah tak?

Kat sini, semua peniaga menjual barang-barang lama tak kira la samada barangan antik, pakaian bundle dll.

Nak cari barang baru kat sini memang takde yer.

Kalau di Subest atau Tesco Shah Alam, ada juga peniaga yang menjual barangan baru. Harganya pun kalau tak silap lebih murah berbanding dengan harga pasaran.

Nak jimat, nak murah korang boleh terjah ke 3 tempat yang aku senaraikan tadi.

Tempat-tempat lain dalam area Selangor / KL ni, aku rasa dah banyak dah sekarang. Cuma di negeri-negeri lain, belum banyak lagi tempat yang ada buat carboot ni.

Macam dekat kampung aku dekat Kuala Kangsar, memang takde lagi carboot ni. Pasar malam melambak la haha.

So, sekali lagi nak kabo. Kalau nak cari barang bundle yang mur-mur lagi branded, korang boleh cari di Car Boot Sale yang aku senaraikan tadi.

Aku pernah selam dekat Car Boot Sale, beli sling bag original Adidas dengan harga RM10 je. Condition cun wooo. Kalau beli dekat mall, dah berapa boleh habis tu? :p



Kalau ke Car Boot Sale, jumpe boot Julfy Bundle aku jangan luper singgah yer :p

Adios,
ASTraveller 2019

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *