Salam, halu guys. Good day! ๐
Apa khabar? Sudah di vaksin belum? Alhamdulillah pada yang dah divaksin, rezeki korang awal. Aku belum, walaupun 1 dos. huk huk huk
S a b a rย ๐
Semoga negara kita bebas dari Covid 19 dalam sedikit masa lagi.ย
Aminย ๐คฒ
Okaylah, let’s go into the topic.
Barang yang di pos dari luar negara ke Malaysia, kena cukai tak?
Dalam posting ni, aku akan fokus barang dari UK ke Malaysia eh, sebab semalam, ada yang bertanya dan soalan dia lebih kurang macamni,ย
Kalau pos barang dari UK ke Malaysia ada kena apa-apa cukai (tax) tak?ย
Sebenarnya aku belum pernah terima apa-apa barang yang dipos dari luar negara contohnya dari UK, US atau lain-lain negara kecuali dari China.
Dari China ni pun, biasanya aku beli direct Shopee atau Lazada sahaja. Kalau direct melalui seller China, memang takdelah setakat ni. Sebab kebiasaanya, caj penghantaran agak mahal berbanding kita beli under Shopee atau Lazada. ๐
So, aku memang tiada pengalaman mengenai bab-bab ini. Nasib baik ada kenalan yang memang pernah stay di UK dan dia selalu hantar barang ke Malaysia. Yezza, so aku tanya dia jelah haha.
Maka, bermula-lah chat aku dengan kawan di Facebook ๐
So, secara general nya aku akan ringkaskan info dari kawan aku ni.
Barang yang dipos dari UK ke Malaysia;
Kebiasaannya, apa-apa barang yang sampai dari luar negara, masuk ke Malaysia mesti akan melalui Kastam terlebih dahulu. So dari segi cukai akan ditentukan oleh pihak Kastam sendiri pada kita sebagai penerima.Penerima kena bayar cukai (tax) jika nilai barang adalah melebihi RM500 dan bergantung pada volume sesuatu barang. Maksud volume disini kalau tak silap aku, adalah berdasarkan pengiraan volumetric pada saiz kotak parcel itu sendiri. Untuk lebih lanjut, korang boleh google “Pengiraan Volumetric Poslaju”.ย Pengiraan Volumetric:ย Formula: Panjang (P) X Lebar (L) X Tinggi (T) / 6000Once barang dah sampai Malaysia, kastam akan info kita melalui surat rasmi samada via emel atau via pos. Cara bayaran semua ada pada surat kastam tersebut.Bayar tax, boleh melalui cash atau debit di Kastam. Ni kalau kita nak pickup barang sendiri di Kastam lah. Kalau nak pihak kurier yang hantar barang depan pintu rumah, ada extra caj dari pihak kurier. Contoh, Pos Malaysia dalam RM50+-. Bayar secara online.Kalau takut kena tipu, korang boleh direct call Kastam. Segala details semua ada dalam surat ๐ญSo apapun kena ready cash juga la, kalau agak-agak barang yang kita nak terima tu, kotak dia besar atau nilai barang tu sama atau melebihi RM500. ๐Macam kawan aku ni, dia bayar cukai dalam RM1k+- sebab barang dia memang banyak kalau sekali hantar. Parcel dia sekali hantar ke Malaysia, berat dalam 40 – 60kg. So, logik la kot kena bayar cukai dekat-dekat RM1k. Kalau setakat barang korang 1-2 barang saja dan kotaknya kecik, rasanya tak tinggi kot cukainya atau tiada dikenakan cukai. Untuk info lebih lanjut, korang boleh tanya pada Kastam sendiri melalui emel dsb.
Okay, itu sahaja yang aku dapat share.
Kalau ada info tambahan yang nak ditambah, korang boleh tambah diruangan komen wokayyy.. โ
Terima kasih pada yang bertanya. Sekurag-kurangnya aku dapat juga sedikit ilmu tentang ni. Mana lah nak tahu kot-kot akan datang ada someone dari UK nak hantar barang pada aku. At least aku dah tau apa nak buat kan? wakakakaaa ๐
Semoga bermanfaat.
Adios,