Cafe Eat & Repeat

Salam hi semua!

Selamat menempuh hari isnin.

#MondayBlues @[email protected]

Last weekend, aku pegi terjah Cafe Eat & Repeat Seksyen 7, Shah Alam. Lepas view blog sorang blogger review pasal cafe ni. Nampak macam menarik. So kiter try sendiri la kan. Asyik lalu je, singgahnyer tidak.. :p

Aku pegi malam time ni.. πŸ™‚ Walau malam, orang tetap ramai wei!

Jom masuk, sebelum penuh.

Makin lama makin ramai orang.. Siap tunggu turn nak duduk pun ader..

Jom duduk intai menu!

Untuk info, cafe ni semua menunya harga RM1.90. Semua ye harga sama, RM1.90 (makan/minum).. Yang unik nya, setiap menu akan dihidangkan dalam mangkuk sedang-sedang. Takdela besar mana, dan takla kecik sangat. Boleh la suap dalam 10 sudu sekali makan :p

Tadaaaa, aku dengan kawan, order 6 mangkuk, dengan 2 kole air.Β 

Kole?

Yup, kole. Tapi bukanla bapak kole hahaha! Size kole, sedang-sedang jugak..

Meh la close up satu-satu! :p

Soto Ayam

Bihun Sup

Mee Kari

Mee Celup

Laksa

Pulut Mangga

Air SodaΒ + Air Mangga

Semua yang kat atas ni harga RM1.90 setiap satu.. Hehhee..

Setiap orang yang makan kat sini, semua order banyak-banyak mangkuk.. Sebab mangkuk dia xdela besar mana pun.. So mesti habis punya walau order 6 mangkuk..

Aku nak order nasi lemak dia, tapi sold out.. sop sop. Sebab ramai yang kata nasi lemak dia superb!

Menu yang dah habis, Nasi Lemak, Rojak, Nasi Goreng Cina. Mesti sedap-sedap ni

So dalam banyak-banyak menu yang aku order tu, paling sedap Bihun Sup dia. Memang superb. Kenala dengan sambal kicap yang diorang sediakan atas meja.. Yang lain, macam mee kari, biasa je.. Rasa macam perencah je lebih.. Laksa dia not bad, cuma kurang rasa sikit. (Agak cair kuah dia). Soto Ayam tu agak sedap jugak. Mee celup tu biasa-biasa jer… Pulut mangga, sedap kata kawan. Aku tak makan :p

Sebelum korang nak order makanan, kena tulis dekat order form yang dorang sediakan macamni,

Dorg memang dah sediakan atas meja.. Ada dalam kotak.

Aku rasa konsep order tulis-tulis ni, banyak cafe yang dah buat gini.. Lepas tulis semua order, dorang datang amik order..

So, overall.. Not bad jugakla. Nak jimat boleh datang makan sini. Minimum order takde. Nak order semangkuk je pon boleh. Tapi tak kenyang la kot hahaa!

Disebabkan harga dia murah, so student la paling ramai lepak sini makan..

Lagi satu, cafe ni ada buat Happy Hour. Beli 4 mangkuk percuma 1 mangkuk. Setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 3ptg hingga 6ptg kalau tak silap. Lupa nak snap.. Dorg mmg ada letak kat dinding. Nanti kalau korang datang, jangan lupa tengok :p

Sesaper yang nak try makan sini, korang boleh Google Maps alamat kat bawah ni;

Cafe Eat & Repeat

Address: YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Hours:Β 

Monday Β  Β 11AM–11PM

Tuesday Β  Β 11AM–11PM

Wednesday 11AM–11PM

ThursdayΒ  Β  11AM–11PM

Friday Β  Β 11AM–11PM

SaturdayΒ  Β  Β 11AM–11PM

Sunday Β  Β 11AM–10PM

Phone: +60 18-919 6037

OkBai

ASTraveler 2017

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *