Cara Mudah Untuk Tentukan Arah Kiblat Menggunakan Kompas

Assalam semua,

Kali ni, aku nak share sikit cara mudah bagaimana nak tentukan arah kiblat. Lain tempat, lain kedudukan kiblatnya kan?

Jadi, arah kiblat amatlah penting untuk kita tahu sebelum menunaikan ibadah solat


Yang selalu travel ke tempat orang walau dalam Malaysia sekali pun, arah kiblat amatlah penting. Kalau singgah solat di masjid atau surau, arah kiblat mungkin tiada masalah. Tapi jika kita menumpang solat dimana-mana selain masjid atau surau atau di hotel-hotel bajet, mesti kita kena tentukan sendiri arah kiblat kan?

Kalau situasi macamni, macamane korang buat?

Kalau di homestay atau hotel-hotel, mungkin kita boleh bertanya pada staff yang ada disitu. Kalau ditempat-tempat lain?

So kali ni, aku nak share sikit cara mudah untuk kita tentukan arah kiblat. Ada 2 cara yang biasa aku gunakan, iaitu:



1. Arah Matahari Terbenam

Arah matahari terbenam, adalah arah kiblat kita. So, kalau waktu pagi atau petang, sangat mudah kita nak tahu mana arah matahari terbenam. Tapi jika waktu tengahari, matahari lurus diatas kepala, payah sikit kita nak tentukan arah kiblat kecuali kita betul-betul ada ilmu yang berkaitan. Tak semua orang tahu sebab aku sendiri pun tak berapa tahu :p

So kita pergi cara kedua, yang lebih mudah.

2. Kompas

Menentukan arah kiblat dengan menggunakan kompas adalah cara yang paling mudah dan tepat. Jadi aku lebih prefer cara kedua ini, iaitu dengan menggunakan kompas.

Bagaimana?

Zaman teknologi serba canggih ni, aku rasa setiap smartphone yang korang gunakan, semuanya dah ada digital kompas ni. Tapi kalau takde, korang boleh download aps Digital Compass di Google Play store seperti gambar dibawah secara percuma ๐Ÿ˜€

Bila dah download, open kompas tu dan rotate smartphone kita ke arah 292ยฐย seperti gambar dibawah (Gambarajah 1.2)


Gambarajah 1.1


Gambarajah 1.2

Kedudukan smartphone kita akan jadi macam ni,

Arah kiblat kita adalah arrow kuning seperti gambar diatas.

Mudahkan?


Gambar Cedok Dari Google

Nilai 292ยฐย tu adalah nilai tetap untuk tentukan arah kiblat diseluruh Malaysia. ๐Ÿ˜€

Adios,
ASTraveller[dot]Com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *