Chemistry Cafe Lab

Assalam, hai!

Jumaat lepas, sebelum job 22hb Jan hari tu, aku dengan kawan lepak dekat Restoran Kimia. Errr, Chemistry Cafe Lab. Teringin sangat nak makan dan nak tengok keunikannyer. 1st time kan, ada restoran berkonsep makmal mcmni..

Jom masuk!

Tu dia, masuk dalam memang sangat unik. Makmal concept. Terbaikla jugak. Tapi time aku pegi, tak ramai, sebab mungkin orang tengah solat jumaat. Pukul 1.30ptg kan? Cuma ada group 3orang lelaki lepak minum-minum. hurmm hahaha!ย 

Jom intai menu,

Harga memang boleh tahan mahal, ala-ala Starbuck/Old Town White Coffee. So kitorang decide order;

1x Beef Lasagna RM12.50 kecik molek jer

1x Classic Choc RM10

1x Mocha Caramel RM14

Total: RM36.50. Tu dia, order 3 benda je pun dah cecah RM36 :p Mahal kan? Tapi nextime nak try menu lain pulak. ๐Ÿ˜€ย 

Lasagna dia comel jer. Sedaplaa, not bad. Air dia, manis giler. Siap aku tambah air mineral pon, tetap manis giler. Dah siap makan-makan semua, aku singgah dia punye toilet. Bersih.. Tapi satu je, air kecik. Then time nak basuh tangan dekat dalam, air dah takde hahaha. Nasib baik dah setel.ย 

Toilet dia memang air dia macam tu ke, atau time aku datang haritu je macamtu?ย 

Sebelum keluar pun, aku sempat snap-snap lagi. Sebab menarik. Restoran selesa, cantik…. WiFi pun ada.ย 

So pada siapa yang teringin nak makan sini, korang boleh #waze alamat kat bawah ni;

Chemistry Cafe Lab

Alamat: 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Phone:+60 17-626 2797

Waktu Operasi:ย 

Isnin 12PMโ€“1AM

Selasa 12PMโ€“1AM

Rabu 12PMโ€“1AM

Khamis 12PMโ€“1AM

Jumaat 3PMโ€“1AM

Sabtu 10AMโ€“2AM

Ahad 10AMโ€“2AM

Hari-hari bukak, so dont worry! ๐Ÿ˜‰

Okla Bai,

AkuSeorangTraveler

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *