E-Consignment Note / E-Nota Konsainan

Haluu guys.

Pernah dengar E-Consignment Note Pos laju?

Pos Malaysia sekarang, dah mula nak buat cara baru untuk pos barang melalui aplikasi Pos Laju. Tak perlu lagi isi borang dah lepas ni. Just key-in data sender dan receiver melalui aplikasi Pos Malaysia dan terus print di Kiosk / mana-mana cawangan yang menyediakan servis ini. ๐Ÿ˜€

Untuk permulaan, maybe tak semua Pos Laju kot yang boleh print QR Code ni. Mungkin dalam masa terdekat selepas hari pertama penggunaannya, semua cawangan perlu ada! ๐Ÿ˜ฌ

Borang pos laju yang lama

Actually, e-consignment note ni baru nak mula esok. Sebelum ni, kalau nak pos masih lagi menggunakan borang Pos Laju yang biasa tu. So bermula pada 17 August 2020, Pos Malaysia tidak lagi menggunakan borang, just guna aplikasi jer. Semuanya dihujung jari ๐Ÿ˜Ž

So kali ni, aku nak share-lah cara-cara nak pos menggunakan e-consignment note walaupun aku masih belum start guna lagi. hahaha! Nak tak nak, kiter kena belajar jugaklah kan? Sebab lepas ni, dah tak pakai borang Pos Laju yang lama tu dah wei ๐Ÿ˜‚

Bagaimana nak menggunakan e-Consignment Note Pos Laju?

1. Download aplikasi Pos Malaysia (Pos Mobile App) di Google Play

2. Pilih New Consignment

3. Masukkan Outlet Pos Laju yang berdekatan

Aku search Pos Laju area berdekatan, area Kuala Kangsar.

4. Masukkan Sender Info (Maklumat Penghantar)

Klik Next.

5. Receiver Info (Info Penerima)

Pertama, sebelum memasukkan maklumat penuh penerima (Receiver Info), klik pada City dan pilih mana-mana area yang berdekatan dengan alamat penerima seperti dibawah,

Dah pilih areaย  tu, korang lengkapkan alamat penerima (Receiver Info) dan klik Next

6. Parcel Info (Maklumat Parcel)

Isi maklumat sepertiย berat barang, barang apa yang nak dihantar dan nilai (RM) barang yang hendak dihantar. Kemudian klik Next

7. Summary

Tick pada I certify that ….. Kemudian klik generate.

8. QR Code

Bila QR Code dah generate, korang pilih jer samada nak scan & print terus (Scan & Print)ย atau pilihย Save To My Parcel untuk print kemudian di Pos Laju. Macam aku, aku pilih Save To My Parcel dululah sebab nak print kemudian di Pos Laju nanti ๐Ÿ˜Š

Cara Nak Print QR Code di Pos Laju

1. Jika korang dah pilih Scan & Print untuk scan terus di Pos Laju tadi, akan terpapar Please scan the QR Code on the printer to print seperti dibawah

QR Code tu maybe korang bole scan di printer yang disediakan oleh Pos Laju. Aku rasa, QR Code tu ada lekat diatas printer kot. Tak pernah cuba lagi ๐Ÿ˜‚

2. Jika masa isi e-consignment tadi, korang pilih Save To My Parcel. So kalau nak cari balik data yang kita save tadi, korang open Aplikasi Pos Malaysia. Lepas tu klik pada menu seperti skrinshot dibawah

3. Kemudian pilih Track & Trace

4. Pilih consignment mana yang korang nak Scan & Print

Akan terpapar Price Summary.ย 

5. Kemudian klik SCAN & PRINT

Scan QR Code & Print. Lepas tu terus bayar di kaunter.ย 

Selesai! ๐Ÿ˜€

Moga cara baru yang lebih canggih ni, akan memudahkan kita semua berbanding dengan cara lama โค

Pstttt, actually JT Express dah lama apply e-consignment via app ni. Pos Malaysia baru nak buat ๐Ÿ˜€ Bagus juga, sebab aku jarang pos guna JT. Biasa Pos Laju jer. So dari sini dapat gak aku belajar benda baru bagi aku ๐Ÿ˜† kahkahkah!

Tonton Video disini,

Adios,

ASTraveller2020

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *