Assalam.
Salam Jumaat pada semua!
Petang ni aku nak share sikit pasal Fitness Tracker dan langkah/step kita seharian. Penting sangat ke jumlah langkah kita hari-hari?
Penting.
Sebab, kalau…..
Nak kekal sihat, mesti capai sekurang-kurangnya 10,000 ribu (10K) langkah sehari – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Agak-agak, 10k steps tu bape km yer?
Kalau tengok pada fitness tracker/fitness band yang saya pakai, 10K steps dalam 7km+-
Bagaimana kita nak tahu dengan tepat langkah kita tiap-tiap hari? Takkan nak kira setiap langkah, lepas tu rekod dekat mana-mana. Macam rumit pulak kan?
So, penyelesaiannya. Kita kena beli Fitness Tracker/Fitness Band. Ikut kemampuan masing-masing. Harga antara RM50 – RM1000+. Macam aku, pakai Fitbit Blaze macam dalam gambar kat bawah ni.
Tadaaaaa,
Macam jam tangan kan? Yup memang kalau yang tak tahu akan kata Fitness Tracker yang saya pakai ni jam tangan. Tapi sebenarnya, ini adalah fitness tracker dan fungsi lain, boleh tengok masa, tarikh dsb.
Pelbagai bentuk dan citarasa fitness tracker yang kita boleh pilih. Antara yang popular,
Xiaomi Band
Samsung Gear Fit
Amazfit
Fitbit
Banyak lagi sebenarnya. Korang bole search Fitness Band/Fitness Tracker dekat Google Search..
So bila kita pakai ni, senang la nak track dan rekod berapa langkah kita hari-hari. Samada kita direct bole tengok pada band atau tengok pada smartphone. Sebab setiap fitness tracker ni, ada aps yang kena install pada smartphone. Contoh seperti video dibawah.
So dari aps ni, kita boleh tengok rekod langkah kita dari semasa ke semasa.
Selain dari steps, kita bole track kilometer (KM), heart rate (HR), kalories burn (kcal) floors, masa active, sleep tracker kita setiap hari.
Steps dan Heart Rate
Kilometer berjalan atau berlari dan Kalories burn
Total masa aktif dan jumlah tangga yang kita naik hari-hari
Jika kita kurang bajet nak beli fitness tracker ni, dont worry. Google ada sediakan aps untuk kita track steps. Korang boleh download Google Fit – Fitness Tracking aps dekat Google Playstore. Free jer.
Track, kilometer, kcal burn, steps etc
Cuma kalau nak track 24jam, korang kena bawakla smartphone korang kemana-mana. Kalau tak bawak, Google Fit tak boleh track steps kita 😀
So, kalau nak tau kita punya steps cukup atau tak 10 ribu langkah hari-hari. Try beli satu fitness tracker atau install je Google Fit aps dekat fon korang. Selagi tak capai 10 ribu langkah, teruskan berjalan. Tak semestinya kena berlari :p
Sebenarnya, penerangan aku pasal fitness tracker ni tak details. Fungsi dia banyak sebenarnya. So kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh tanya mr Google atau tengok Youtube ok.
Tu jela nak share harini 🙂
Adios,
ASTraveler 2018