i-Lestari KWSP

Hi Guys,

Ni aku nak share sikit, soalan-soalan lazim yang sekarang orang tengah sibuk duk tanya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Harini aku tengok, ada jugak keluar berpusu-pusu ke KWSP sebab nak aktifkan i-Akaun atau nak mohon i-Lestari ni.

Sebenarnya tak perlu keluar pun ke KWSP pun. #dudukrumah jer, kita mohon secara online.

Bagaimana caranya? Rujuk Soalan No.3

Okay, lets check it out!

1. BILAKAH AHLI BOLEH BUAT PERMOHONAN?

2. APAKAH AMAUN LAYAK DIKELUARKAN?

i. Maksimum RM500 sebulan untuk 12 bulan tertakluk kepada:

Baki Akaun 2
Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima sehingga Mac 2021

ii. Pengeluaran dibuat bagi tempoh satu tahun (April 2020 – Mac 2021)

iii. Bayaran dibuat mulai Mei 2020

3. BAGAIMANAKAH AHLI BOLEH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN?

Secara dalam talian: e-Pengeluaran melalui i-Akaun
Emel: [email protected]
Secara pos ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya, Selangor (Pengeluaran iLestari)

Ahli perlu memohon sekali sahaja dan pembayaran dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank.

4. SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PENGELUARAN?

Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
Berumur dibawah 55 tahun
Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran dibuat
Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

Adios,

ASTraveler.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *