Kasut Getah

Assalam,

Korang pernah dengar kasut getah atau hiker biasa panggil Adidas Kampung? ๐Ÿ™‚

So, siapa yang dah biasa dengan dunia outdoor, biasa dengan aktiviti mendaki atau trekking. Mesti pernah dengar kasut ni, atau dah pernah pakai. Tapi siapa yang dah biasa berkebun, menoreh, taula kot kewujudan kasut ni.

Kasut getah, bukan jenama dari Karrimor, Quechua, Salomon etc. Kasut getah hanya sekadar getah. Tapi, bila bawak hiking, trekking. Kasut getah ni la paling win!

**Kasut Getah cap Bowling orang kata getah dia lembut sikit.

Harga? Tak la semahal kasut berjenama. Bukan RM100, bukan RM50, bukan RM20. Tapi boleh dapat dengan harga RM8-RM10 saje. Murah kan? Padan la dengan rupa dia,




Tak la se-cun kasut-kasut berjenama terkemuka. Tapi sangat grip bila pakai hiking kawasan berbatu, tak licin!

Macam kawan saya, penah hiking guna kasut getah naik Gunung Kinabalu. Laju je dia jalan dekat batu.

Hiking/trekking jarak jauh ni, kalau nak pakai kasut getah, mesti sakit dekat jari kaki kan? Jangan risau, ada cara dia kalo nak elak sakit. Kita kasi modify kasut getah ni!

Caranya:

1. Potong kasut/getah dibahagian jari kaki. Kasi berlubang. Tapi kalo kena air, stokin basah :p

2. Kasut getah tak selesa macam kasut hiking berjenama lain. So, kalau nak selesa pakai stokin tebal-tebal. Tapi, saiz kasut mesti beli yang besar sikit dari saiz kaki. Nanti nak pakai stokin tebal-tebal, takdela sempit ๐Ÿ˜€

So, sape yang kaki hiking. Kasut Getah ni wajib ada satu! OK ๐Ÿ˜€

Nota Kaki: Malim Gunung atau guide, pakai kasut ni jer lau hiking Kinabalu. ๐Ÿ˜‰

OKbai,
AkuSeorangTraveler

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *