Khemah Quechua - Arpenaz 3 Person Camping Tent

Assalam.

Siapa sini yang biasa pasang khemah? Sure kata senang je kan, terutamanya pada yang memang kaki camping.

Tapi kalau yang tak biasa, atau 1st time nak belajar setup khemah. Mesti akan rasa susah. Agak rumit. Bagi yang malas nak belajar pasang khemah, bole beli yang pasang siap tu. Actualy khemah ni ada dua jenis.

✔Khemah Manual setup, amik masa dalam 7-10minit

✔Khemah Pasang siap, 2 second je dah bole setel

So, nak senang beli yang dah pasang siap atau orang panggil khemah campak. Tak perlu, manual setup. Tapi harga dia agak mahal sikit berbanding denga manual setup punya. Dan, dia punya packing besar, tak sesuai kalau nak bawak masuk hutan hiking tinggi-tinggi.

Tadaaaaa,


Agak besar. Dan tak boleh nak lipat-lipat dah :p

Tapi, mudahla nak setup. Campak-campak jer :p Contoh, bole tengak dekat video bawah ni,

Gambar kat bawah ni, contoh khemah campak untuk 2 person.

Khemah Campak

Baru-baru ni , aku terjah Decathlon, rembat khemah brand Quechua. Memang gila tengok tent dekat Decathlon ni.. Then pilihan aku, Arpenaz 3, untuk 3 – 4 orang bole masuk tido, kalis air (kalau hujan tak payah nak risau sangat) dan agak berbaloi dengan harga RM229. 

Tadaaaaa,

Agak besar kan?

Dan nak simpan dia pun, bole gulung kecik gini,

Orang kata, bole la angkut masuk bag 30L-50L sumbat-sumbat 🙂 

So, cara nak setup dia sebenarnya takdela susah. Kalau kita ikut step by step yang dia ajar, senang je! 7-10 minit siap. Nak tengok cara setup dengan betul, korang boleh view video bawah ni. 

Senang kan? Kalau rasa macam susah juga, takpe. Dont worry. Nanti kalau dah beli bole praktis. Sekali dua dah try pasang, mesti akan rasa senang dah lepas tu. Then, boleh la siapkan misi mencari tempat nak bercuti dan bercamping lak. Syok woooo bercamping dari tido hotel. Tido hotel tak adventure sangat :p

P/S: Nak lebih mencabar, beli Flysheet. Macamni,


😀

Adios,

ASTraveler 2018

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *