Hey peminat kopi sekalian! ๐Ÿ˜

Kalau korang ada disekitar Nilai atau Sepang, meh ni aku ada nak suggest kat korang satu kafe hipster untuk lepak minumยฒ kopi sambil bergambar ๐Ÿ˜Ž

Hah, kat sini la tempatnya.

Kokalamo Kafe ๐Ÿ˜

Unik eh, nama dia. Kokalamo. Actually, ada maksud disebalik nama kafe.

“Yang Koka-Lamo hanya kamu & kopi”

ehemm Tenang gila bila lepak kat kafe dorang ni. Maklumlah terletak di kawasan kampung. Santai je lepakยฒ minum kopi panas sambil tengok orang lain hadap jem dekat tepi jalan besar sebelah kafe ni HAHAHAA

Kebetulan time aku sampai untuk pertama kalinya haritu dalam jam 6ptg. Lepak minum kopi santaiยฒ dekat luar kafe. Lepas tu tengokla ramai orang dok hadap jem nak ke bandar Nilai / Sepang. Nasib baik berangin, dok lepakยฒ bawah pokok yang rendang ehemmm

Dalam hati aku, weh korang ni taknak singgah pekena kopi ker? Seriously, aku suka deko kafe dorang. Simple & hipster. Kaki gambar dan penggemar kopi yang nak layan Tenang Ribut Jiwa korang, memang sesuai sangatlaahhh kalau nak lepak santai dekat sini

Kokalamo Kafe ni terletak di Kampung Chelet, Nilai sempadan negeri Selangor & Negeri Sembilan. So kalau korang dari Sepang ke, Nilai ke memang dah tak jauh dah. Macam biasa, Google Maps aja Kokalama Kafe. Sure jumpa

1st time aku dengan kawan aku sampai petang tu, kitorang just order latte jer. Tak makan sebab dah kenyang. Datang pun sajaยฒ nak layan kopi dekat sekitar Nilai / Sepang petang tu.

2x Latte Ais RM10 1x Latte Panas RM9 Kopi

mantap

Boleh repeat. Cuma Latte Panas, saiz cup dia kecik sikit laa, compare dengan McCafe atau ZUS Coffee.Takpelah, janji sedap + puas hati

Dont worry guys, menu lain banyak jer actually, macamยฒ ada. Antaranya:

Nasi Goreng Kokalamo RM10 Maggi Goreng Daging Kokalamo RM8 Creamy Beef Pepperoni Carbonara RM13 Cheezy Wedges RM7

dan macamยฒ lagi lah. Korang boleh rujuk gambar

Dari segi harga, bagi aku standard-lah untuk kedaiยฒ kopi hipster. Memang rataยฒ macamtu harganya.

Selain minum kopi & makanยฒ, korang juga boleh bergambar dekat dalam dan sekitar kafe. Memang cun. Tapi kalau korang datang pada waktu malam, lagi cantik weh kalau nak bergambar. Serius! Haa, kafe ni bukak lambat sikit. Jam 2ptg untuk weekend. Kalau hari biasa, lagi la lambat. Jam 4ptg baru bukak Mesti ada reason kan, why dorang bukak lambat?

SELASA – JUMAAT: 4ptg – 12mlm

SABTU – AHAD: 2ptg – 12mlm

ISNIN: TUTUP

Nak datang, macam biasalah. Korang Google Maps je, memang senang gila nak jumpa. Wajib datang sini tau

Okay guys, tu je nak share.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *