Hey guys!

Jalan-jalan cari kopi kali ni, aku lepak di cafe Kopi Senget area Telok Panglima Garang, Klang Selangor.

Best jugaklah lepak santai minum kopi dekat sini. Sambil tu, kita boleh pekena laksa & bihun sup. Ada juga menu-menu simple lain seperti;

Kek Slice (Ada 6 jenis)

Roti Goyang RM6

Roti Bakar RM5

Roti Kayu RM5

Harga kopi, standard macam kebanyakan kedai lain.

Aku order

Kopi Latte Ais (M) RM8

Laksa RM7

Bihun Sup RM7

Kuantiti menu untuk bihun sup dan laksa, memang berbaloi. Mangkuk dia besar gila, memang kenyang beb. ๐Ÿ˜ฌ

Kemudahan yang ada dekat cafe,ย 

โœ…Toilet

Toilet yang selesa dan bersih. Sabun pun ada. So, tak perlu cari toilet dekat tempat lain.

โŒSurau

Surau takda. Kalau ada sediakan surau, lagi padu kan?

โŒParking

Parking tiada, korang kena parking tepi jalan besar tu. So agak terhad jugakla.

Eh jap, pada siapa yang nak try menu Nasi Lemak diorang, kena datang weekend je. Sebab menu Nasi Lemak ni hanya ada pada hari Sabtu & Ahad sahaja.

Nasi Lemak Telur Mata RM4

Nasi Lemak Ayam Goreng RM8

Nasi Lemak Sotong RM7

Aku dah try. Nasi lemak dia memang sedap. Rate yang aku boleh kasi, adalah 9/10 ๐Ÿ˜ฌ๐ŸคŸ

Memang ngam laaa pekena Nasi Lemak + Hot Latte time breakfast. Mengancam jiwa, ehem

Nak datang, korang just Google Maps “Kopi Senget Telok Panglima Garang. InshaAllah sampai.

Waktu operasi:

Rabu – Jumaat (10pg – 10mlm)

Sabtu – Ahad (8pg – 7ptg)

Isnin & Selasa (Tutup)

Untuk lebih lanjut, korang follow je ig dorg ni https://instagram.com/kopisenget

Okay guys, itu saja nak share! โค๏ธ

Adios,

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *