Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Assalam semua.

Pernah sampai Muar Johor?

Actually, Muar ni adalah kampung halaman aku belah mak. Last week balik sana beraya ๐Ÿ™‚

Kebetulan kitorang mencari air kolah masjid untuk kegunaan perubatan, so makcik aku bawak kitorang ke masjid yang satu-satunya masih ada kolah untuk berwudhu dibandar Muar iaitu Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Kebanyakan masjid baru, kolah untuk berwudhu memang tiada. Banyak masjid baru yang dibina untuk berwudhu adalah menggunakan paip.

Kenapa?

Yang ini aku kurang pasti huhu

Masjid Jamek Sultan Ibrahim inilah, salah satu masjid yang masih mengekalkan senibina lamanya sampai sekarang. Jadi, kolah untuk ambil wudhu masih ada dan dijaga dengan baik.

Dah lama tau masjid ni. Ianya dibina sekitar tahun 1927.

Mak aku pun masih belum wujud masa tu :p

Bagi aku, bentuk masjid ni sangat unik. Tak macam senibina kebanyakan masjid yang ada di Malaysia ni.

Tak percaya? Meh la aku upload sikit gambar masjid


Pintu masuk utama masjid



Unikkan?

Tepi masjid ni ada taman untuk bersantai dan juga pemandangan cantik di tepi muara sungai. Nak bergambar tu, memang berbaloi la. Agak cantik ๐Ÿ™‚


Seberang sana tu, tersergam indah Masjid Sultan Ismail ๐Ÿ™‚ Tapi aku belum pernah sampai



Lepas solat asar tu, sesuai sangatla nak bersantai tepi masjid ๐Ÿ™‚

Jom baca sikit sejarah masjid unik ni



Sesaper yang belum pernah sampai, kalau teringin nak kesini.. Korang Waze / Google Maps jer Masjid Jamek Sultan Ibrahim, pasti sampai!

Adios,
ASTraveller 2019

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *