Melancong Dengan JETSTAR Via Traveloka

Assalam hi!

Korang pernah dengar Traveloka?

Aku rasa bagi yang dah biasa travel, tentu sinonim dengan laman web atau aps Traveloka ni kan?

Tadaaaaa,



Traveloka ni adalah satu laman web atau aplikasi yang memudahkan kita untuk menempah tiket Flight dan Hotel dengan harga terbaik secara online. Lagi-lagi kalau korang booking under Jetstar via Traveloka. Korang boleh book cheap jetstar flight online dengan sangat mudah dan murah.

Melalui Traveloka juga, kita boleh mencari lokasi-lokasi pelancongan popular dengan harga terbaik.

Tak percaya?

Ah, korang kena baca lagi ni :p



Okayy, meh aku nak share sikit salah satu destinasi pelancongan menarik yang tersenarai dalam Jetstar.

Kuching, Sarawak.

Okay, Kuching ni adalah salah satu destinasi yang korang boleh booking under Jetstar via Traveloka. Dengan Traveloka, korang boleh cari cheap flight to Kuching atau destinasi terpilih dengan harga yang sangat murah.

Best ke Kuching, Sarawak ni?

Memang banyak tempat menarik sebenarnya.

Antaranya,

✔Muzium Sarawak (Muzium yang tertua di Borneo)


Kredit: SarawakVoice.com

Muzium Sarawak adalah sebuah bangunan dengan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1891. Lawatan ke muzium ini akan membuka mata korang tentang sejarah negeri Sarawak dan juga tentang budaya dan kehidupan masyarakat kat negeri ini. Antara koleksi yang dipamerkan kat sini adalah senjata-senjata yang digunakan oleh masyarakat Sarawak, bot perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah, serta banyak lagi barangan dan kepingan seramik yang diperoleh negeri ini hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13 AD. Bila dah ‘penuh’ ilmu kat dada, korang boleh menuju ke tingkat bawah yang menempatkan Muzium Shoppe untuk membeli tanda ingatan sama ada buku, T-shirt dan sebagainya.

✔Tugu Kucing


Kredit: SyoknyaTravel.com

Tak sah lah kalau tak bergambar dengan lambang yang terpenting di Kuching kalau dah melancong ke sini. Mercu tanda ini tak lain tak bukan adalah Tugu Kuching yang megah berdiri di hadapan hotel-hotel dan pusat membeli-belah bandaraya ini. Tugu yang berada di dalam roundabout ini dijaga dengan baik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara yang sentiasa memastikan agar warna tugu ini tidak pudar. Maka, bagi korang yang nak bergambar di sini tak perlulah risau ya? Warnanya tetap vibrant bila-bila masa sahaja korang bercadang untuk berposing di sini.

✔Muzium Kucing

Kredit: blog.airpaz.com

Muzium Kucing adalah muzium kucing yang pertama yang terdapat di dunia (Baru tau beb! :p) Muzium yang terletak di dalam bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di atas Bukit Siol ini menempatkan lebih daripada 3000 pameran yang menarik hati. Berkeluasan lebih daripada 1000 meter persegi, muzium ini memiliki 4 buah galeri yang didalamnya terdapat lebih daripada 50 pameran berbeza seperti jenis-jenis kucing, kucing pada zaman pertengahan, koleksi Garfield, koleksi buku kucing, koleksi Hello Kitty, info tentang kucing pada zaman purba Mesir dan banyak lagi. Tak ada apa lagi yang perlu korang Google tentang kucing sebaik melawat muzium ini.

Nak jadi pakar kucing? Apa lagi, jomlah ke sini!

Actually, banyak jer lagi tempat menarik yang ada di Kuching. Aku pun belum pernah sampai. Cuma banyak membaca dari blogger-blogger yang dah pernah sampai kesana dan InshaAllah plan akan datang, wajib terjah!

So, kalau korang nak buat booking atau nak riki harga korang boleh bukak link kat bawah ni,

https://www.traveloka.com/en-my/jetstar

dan korang isikan info macam tarikh korang nak pergi dsb.

Kalau nak murah, korang jangan pergi time cuti sekolah atau cuti raya. Harga biasalah wei, mencekik hahhaa. Tapi kalau korang memang tak kisah pasal harga atau time tu jer korang boleh pergi, memang takde hal lah kan. Lagipun sebab korang boleh buat perbandingan harga antara airline.

Jetstar



Eh, apa sebenarnya Jetstar ni kan? Mesti korang tertanya-tanya dari tadi.

Jetstar ni sebenarnya adalah Airline low budget yang based dekat Australia. Dorang pernah menang award pada tahun 2011, 2012 dan 2013 sebagai airlines low budget yang terbaik. So harga dia memang murah. Dia cuma ada 2 jenis seat yang korang boleh pilih iaitu Economy class atau Business class. Tujuan Jetstar sebenarnya nak bagi korang yang bajet rendah untuk dapat naik kapal terbang so sebab tu la dia agak murah. Kalau korang rasa nak makan boleh tambah sikit atau beli masa flight, kalau taknak pun boleh. Business plak lebih selesa untuk yang nak spend lebih tapi tak semua flight ada business class so korang kena find out dulu sama ada tempat yang korang nak pergi tu ada business class atau tak. Beza dia dengan economy class adalah berat baggage yang korang nak bawak dan selesa seat dia. So ikut korang la yer.

Adios,

ASTraveller 2019

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *