Hi guys!ย
Last weekend, aku bercuti ke Penang. Tak sah, kalau tak singgah mana-mana restoran yang sedap untuk dirasa kan? ๐
Sebelum pegi, memang dah set nak try restoran yang sedap-sedap dekat area homestay. Dapat terjah sebuah restoran pun jadilah kan ๐
Cari punya cari, memang ada restoran yang pernah viral sebelum ni berhampiran homestay. So kesana terusla kita!
Pak Tam Mee Udang
Orang kata, dekat sini memang sedap. So kali ni kita try makan dekat sini pulak ๐
Sampai je dekat lokasi, kita tengok suasana. Memang tenang, damai, redup-redup. Tepi pantai lagi. Kebetulan masa tu tak ramai, so memang layan la.
Damaikan?
Suasana damai disekitar restoran buat aku teringat sampai hari ini hahaย
Jom masuk tengok menu!
Kebanyakan menu adalah berasaskan mee. Siapa peminat mee, boleh datang sini. Sedap-sedap dan berbaloi.
Aku satu family haritu, order Mee Udang dan Mee Goreng Udang. Semua sedap dan yang paling sedap adalah Mee Goreng Udang diaa…
Nyesal tak order Mee Goreng Udang dia, lagi padu dari Mee Udang rupanya hahaha ๐
Nampak sedap kan?
Memang sedap guys! Disebabkan restoran memang terletak berhampiran pantai, lepas makan boleh lepak-lepak pantai. Best woo
Korang kalau travel Bayan Lepas area Teluk Kumbar, Penang boleh la terjah sini sekali.
Alamat seperti dibawah,
Pak Tam Mee Udang, Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 12pm – 7pm Dibuka setiap hari, kecuali hari Khamis tutup.ย
Nak senang korang Google Map je Pak Tam Mee Udang.
Adios,
ASTraveller2020