Assalam,
Hui… Lama betul tak jengah blog. Tak sempat. Kalau jalan-jalan cari makan selalunya yang update, FB dengan Instagram je. Nak tulis blog, fuh.! Kena amik masa sikit.
Baru-baru ni, aku pegi redah Pulau Kapas. Travel bajet je, kitorang 3pax dengan kereta sendiri. Tak prefer naik bas etc. Sebab kalau drive sendiri, senang nak gi mana-mana kan? Lagipun trip ni, last minit. Secara tiba-tiba. Kalau plan lama, biasanya tak jadi. So better last minit, mesti jadi ๐
Tu dia Pulau Kapas, Terengganu Malaysia.
Cantik tak?
Travel bajet 3pax aku pegi ni, habis dalam RM250+- untuk 2H1M, sekali penginapan ada aircond + pakej ber Snorkeling di taman laut dengan hiking Bukit Singa. Itupun saje gatal nak makan KFC otw perjalanan ke Terengganu then nak merasa makan dekat restoran dalam resort tu. Kalau tak, tak sampai RM250 pun. Just kira-kira dalam RM220+-.ย
Perjalanan dari Petaling Jaya ke Jeti Marang
โ Bertolak jam 9 malamย +-, sampai Jeti Marang, jam 7pagi. 10 jam perjalanan. Lambat sebab;
โ Singgah KFC Drive Thru Lebuhraya Karak dalam sejam makan dalam kereta sebab lapor.
โ Teruskan perjalanan sampai R&R Gambang, isi petrol
โ Teruskan perjalanan sampai R&R Paka dalam jam 3pg+-. Tido jap, disebabkan mengantuk yang tak boleh dibendung lagi huhu
โ Kami tido dalam kereta di R&R Paka, dalam 2jam jugakla. Then bertolak sampai Exit Tol Kuala Dungun jam 5.30pagi
โ Singgah lagi diย Masjid Sultanah Nur Zahirah, dekat-dekat dengan jalan masuk ke Jeti Marang. Subuh jam 6.30pg. Lepas solat subuh terus ke Jeti Marang. Actualy dekat Jeti Marang tu pun ada Surau. Taknak singgah masjid, boleh terus ke Jeti Marang Parking area, dan solat di surau berhampiran. Tandas awam pun ada situ, free.
Nak ke Jeti kena awal sikit sebab kalau lambat, takut full parking.
Hari Pertama
Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas
Sebelum pegi, memang aku dah book pakej melalui Wasap jer. Dan bank transfer untuk deposit dalam RM130 untuk 3 pax. Baki bayar kat kaunter area jeti. So masa sampai area Jeti Marang, kita kena cari kaunter yang dah diberitahu agen yang kita deal tu. Macam aku. aku amik pakej dengan Makcik Gemuk Boat Service. Harga agak murah berbanding pakej lain yang aku cari.
Pakej 2H1M RM125/person termasuk
โ 1 bilik penghawa dingin, 2 katil single (satu katil sorg, satu katil lagi share 2orang). Menginap di Kapas Island Resort
โ Boat 2 hala, pegi & balik
โ Aktiviti bebas
โ Snorkeling Taman Lautย + Equipment
โ Makan sendiri
Lepas tu aku add on RM10/pax untuk hiking Bukit Singa. Add kemudian sebab pakej yang aku amik tak termasuk hiking. So, kalau korang nak hiking, boleh tambah kemudian, dan bayar dekat boat tu je masa nak pegi hiking. Sebelum tu kena confirm dengan Makcik Gemok dulu. Set jam berapa nak hiking, then nanti tunggu je boat datang amik dekat jeti.
Yang bawak kereta sendiri, parking area jeti, kena bayar RM7/night. Parking ni tak kira hari, tapi dia kira malam. Kalau 2H1M, RM7 sajer. Bayar dekat-dekat situ jugak.
Tiket yang kita dapat tu, jangan buang (seperti gambar diatas), sebab tu tiket yang akan kita guna sampai nak balik nanti. Setiap kali nak naik boat, kena tunjuk. Nak check in resort, kena tunjuk. Macam pass masuk la. Kalau takde tiket, kena bayar lain :p
So pagi tu kami naik boat dalam jam 9pagi. Sampai ke Pulau dalam jam 9.30pg. Naik speedboat, laju. Kalau macam feri biasa tu, maybe dalam 40min perjalan ke pulau.
Lepas sampai jeti Pulau Kapas, sementara nak tunggu check in dalam jam 12pm. Kitorang jalan-jalan kat tepi jeti bergambar, lepak pantai. Bag semua aku letak dekat kaunter Kapas Island resort punye. Tumpang gitu jer, tak payah bayar.
Kah Kah, terbalik. Lupa nak setting Flip Save :p
Uishhh indahnyer.
Jernih sungguh air.. ๐
Lepas jalan-jalan sekitar pantai. Kitorang dipanggil untuk check-in, kebetulan orang sebelum tu check-out awal dalam jam 11pg+ Sebelum tu, kitorang diberitahu, elektrik akan di cut-off automatik dalam masa tertentu.ย
So pandai-pandaila keluar bilik time elektrik takde :p
Dah check-in, kitorang letak semua barang. Makan apa yang patut.ย
Nak jimat bawak makanan sendiri. Aku bawak roti, kaya, magie 2 cup, samyang air secukupnya. Nak masak magie, boleh pinjam kettle dekat kaunter. Dorg bagi je. Nak check out return balik.
Kapas Island Resort
Nampak macam rumah Wan Peah tak? huhu.. Malam-malam maybe nampak scary. Tapi ok je, sebab aku bertiga wakaka!
Dah habis rehat kat bilik, solat dan mandi semua. Kitorang nak berendam air pantai yang jernih giler tu. Phewww..
Jernih gila. Makin panas terik matahari, makin lawa air laut tu.. huhu! Sebelum berendam dalam air, kena cari tempat yang takde orang sangat. Baru bebas nak buat aksi :p
Tempat yang kitorang dapat. Phewww cantik tak? takde orang, best mandi
Aku dengan bff aku je masuk air, sorang lagi tukang snap gambar kitorang :p hehe maklumla, GoPro takde nak masuk air..
Lepak berendam dalam sejam lebih. Then balik bilik. Kebetulan masa tu hujan agak lebat. Lagipun dah set time nak snorkeling jam 3.30pm.ย
Balik bilik macam biasa, kita makan, mandi & solat. Setel semua rehat kejap. Dalam jam 3.20 nak ke jeti tunggu boat amik untuk snorkeling.
Tapi petang tu, tak jadi snorkeling. Tunggu boat dari pukul 3.20pm sampai dekat pukul 4ptg tak muncul-muncul. Kebetulan time tu hujan agak lebat. Then deal semula dengan makcik gemok, esok pagi baru pegi snorkeling sekali gus hiking Bukit Singa sebelum snorkeling.
Actualy timing nak snorkeling atau hiking, kita boleh bincang dengan agensi. So, takde masalah. Kalau kita nak pagi, set time pagi. Atau kalau kita nak tukar petang pun, boleh tukar ๐ Cuma penginapan, tetap check-in/out pada masa standard, 12.30pm (in/out)ย
Ni under makcik gemok boat service la. Kalau yang lain, tak tau.. Maybe lebih kurang je servis dorg kan?
So bila tak jadi snorkeling, lepak bilik tido sampai petangla jawabnya. Nak keluar pun hujan lebat giler petang tu..
Dalam jam 7ptg, kitorang keluar, nak try makan dekat resort. Lapar nasi! Orang melayu katakan.. So, lepakla restoran dalam resort tu, sambil makan dan layan tengok air hujan. Sejuk ohh time tu. Restoran ni tepi laut, namanya Cafe Selayang.ย
Tu dia penangan kalau lapar. Makan besor. Tambah pulak hujan, sejuk. Not bad dia punya servis, agak cepat. Maybe orang tak ramai kot..
Nak tau total kitorang makan berapa? RM50 wuuu. Agak mahal. Kitorang order,
-Nasi goreng kampung
-Nasi goreng USA
-Nasi goreng paprik
-2x air suam
-Nescafe ais
-Limau suam
-French Fries
Agak mahal, tapi sedap ๐ So lepak makan-makan kat situ sampai malam..
Lepas makan, jalan-jalan berkaki ayam ditepi pantai. Pasir dekat Pulau Kapas ni memang agak lembut. Tak macam pasir dekat pantai biasa yang lain. Thats why panggil pulau ni Pulau Kapas. Kot la hahaha..
Lepas puas jalan, balik bilik tido.. Sok pagi kena bangun awal. Sebab bekalan letrik off jam 8pagi. So lau nak breakfast ke ape ke, semua kena buat masa letrik ada. ๐
Hari Kedua
Lepas subuh bangun, terus siap makan breakfast. Jam 8pagi dah keluar ke jeti. Tunggu boat nak ke Bukit Singa. Lebih kurang jam 9.30pagi, boat pun sampai.ย
Dalam 10 minit, naik boat. Sampai dah area nak hiking ke Bukit Singa. Boleh tahan gak trek dia, walau pendek je perjalanan. Tapi nak meredah batu dia tu, agak licin dan tajam-tajam. Sikit je pegang, berdarah jari aku huhu..Aku jela dapat nasib tak baik. Orang lain tak pun :p
Bukit Singa memang cantik tempat dia. Macam obersea. Tapi aku naik separuh je. Tak naik sampai atas. Jari sakit lah, malas nak panjat. So aku stay kt bawah dengan kawan aku sorang. Bff aku je pegi naik atas tu. Trek agak licin, sebab hujan kan? Pakai kasut getah syokla ni, mesti grip!
Ketinggian bukit aku tak sure. Sebab tak tengok jam time tu. Sementara tunggu kawan naik atas, aku lepak-lepak amik gambar kat bawah jer.
Cantikkan tempat dia, macam obersea ๐
Dalam sejam+ gakla lepak Bukit Singa. Lepas tu, kitorang call boat datang amik terus sambung pegi snorkeling.
1st time snorkeling. Amik masa jugakla nak ajar bernafas ikut mulut. Asyik nak ikut idung je, lemas wei hahaha..
Dah puas snorkeling, call boat datang amik. Actualy tak puas lagi snorkeling. Sebab tak bape nampak ikan. Ikan banyak, tapi dekat air laut yang color biru gelap tu, dalam tak jejak kot haha. Tak berani la nak pegi, lagipun kaki ni asyik kejang je huhu.. Kami 2orang je snorkeling time tu. So, macam takut skit nak ketengah. Maklumla baru 1st time snorkeling huhu..
Takpela, nextime pegi snorkeling lg.
Dalam jam 12pm+ kitorang pun balik bilik dan siap-siap untuk check out.
Dalam jam 1pm+ ke Jeti tunggu boat amik. Masa untuk balik!
Babai Pulau Kapas, nextime ketemu lagi. InshaAllah.
So, overall perbelanjaan kami 3pax kesana adalah seperti berikut;
Petrol Pegi Balik: Viva Elite RM157 *masih ada baki 3-4bar lagi masa sampai PJ
Touch & Go Pegi Balik: RM120
Pakej (Penginapan Aircond, Snorkelingย + Equip, Hiking Bukit Singa): RM405
Parking: RM7/night
Total: RM689/3pax = RM229.66/pax
Ni kiraan, tak termasuk makan kat luar yer!
Call terus atau WhatsApp pun diorang reply. Terbaik! ๐
Fuh panjang kali ni! Next trip kemana pulak ye? ๐
Okla bai,
ASTraveller