Assalam hi semua!
Macam biasa, kalau ada trip aku akan update dalam blog. Senang untuk korang jadikan panduan kalau-kalau ada yang berhajat nak bercamping kat sana.
Sharing is caring kan? :p
Kali ni, aku ke Sg Pauh, CH (Cameron Highlands).
Actualy dah lama teringin nak camping dekat sini. Geram je tengok review orang. Macam best.
So, inilah masanya kita try rasa dan alami sendiri ๐
Tadaaaaaa, ini dia Sg Pauh Campsite.
Sg Pauh Campsite
Trip kali ni, aku pegi ramai sikit member. 7 orang, 4 khemah.
Peserta: Iqah, Aidi, Sha, Ikin, Wisha, Epi & Aku :p
Sebelum ke Sg Pauh, aku dah review banyak blogger yang update untuk kesini. Dan kalau nak camping dekat sini memang kena booking dulu. Kalau tak full.ย
Seminggu sebelum trip kami dah booking.
Call dulu then dan Whatsapp details seperti,
*Nama (Person In Charge)
*Total Person
*Total Khemah
Lepas tu, sehari sebelum pergi kami remind renjer tu via wasap.
Yelah, simple betul dia punya style booking. Berikan nama, jumlah peserta dengan bape total khemah via wasap. Tanpa deposit. Simple sangat kan, so kitorang remind la.
Takut dia lupa pulak kan? :p haha
Dan sebelum sampai, kami bagitau ETA (Estimate Time Arive) dekat renjer tu siap-siap. Senang nanti nak deal disana bila dah sampai ke lokasi.
Kitorang bercamping ni tak lama, hanya 2H1M sahaja.
Hari Pertama
โ Kami bertolak ke CH dari Shah Alam dalam jam 6 pagi. Asalnya plan jam 5.30pg. Itu normal la kalau extend masa. Tolak liat bangun dari tidur, berjalan lenggang lenggok, angkat barang yang banyak dan susun barang dalam kereta. Fuh paling lama adjust :p
โ Laluan ikut Waze. Biasa maps akan follow route jalan paling dekat nak ke CH dari KL, so maps tunjuk ikut laluan Tapah – CH. Amik masa dalam 2 jam 45min macamtu.
Plan awal, nak ikut jalan Spg Pulai ke CH. Tapi masa dari sana ke CH tambah lebih kurang 1 jam. Bincang punya bincang, last-last naik CH ikut Tapah, dan turun ikut Spg Pulai.
More better.
Laluan ke CH ada 3.
1. Tapah – Cameron Highlands
2. Sg Koyan – Cameron Highlands
3. Simpang Pulai – Cameron Highlands
Tapah – Cameron Highlands
Kalau dari KL ke CH, nak cepat ikut Tapah. Tapi laluan agak sempit, selekoh tajam dan bergaung. Maka perlulah lebih berhati-hati ikut laluan ini. Aku lebih prefer naik ke CH ikut laluan Tapah. Sebab lebih singkat masa perjalanan. Kalau nak turun, aku tak suggest ikut laluan Tapah huhu
P/S: Jika musim hujan, kalau boleh elakkan guna laluan tapah ni yer
Sg Koyan – Cameron Highlands
Sg Koyan, adalah laluan dari Sungai Koyan ke CH. Biasanya kalau sesiapa dari Pantai Timur adalah lebih dekat ikut laluan ni. Kalau kitorang dari KL, nak merasa lalu di empangan Cameron Highland, bolehla try. Orang kata view empangan CH tu lawooo.. Lawo macamne tak tau laa haha.ย
Tapi kalau dari KL memang agak jauh lah dan sunyi sepi. Aku tak pernah try lagi jalan dekat sini. Kalau tengok Google Street View, jalan dia cantik dan agak luas dari laluan Tapah.
FYI, Sg Koyan punya R&R ditutup seawal jam 5ptg. Jadi kalau lalu malam, sory to say memang takde apa-apa sepanjang perjalanan.ย
Tak sugest lalu disini lewat petang – malam ๐
R&R laluan Sg Koyan, tak tahu berapa jumlahnya. Cuma tau close pada jam 5 petang.
Simpang Pulai – Cameron Highlands
Laluan Spg Pulai ke CH, memang ramai yang suggest. Ini adalah kerana jalan nya luas walaupun berselekoh dan bergaung sedikit. InshaAllah perjalanan akan lebih selamat compare dengan laluan tapah yang agak sempit.
Tapi kalau dari KL ke Spg Pulai, memang akan tambah lagi 1 jam perjalanan. Lambat sikit.
So kalau masa terhad, better ikut laluan Tapah, lebih jimat masa.
Overall, kami decide pergi CH ikut Tapah dan balik ikut Simpang Pulai. ๐
โ Jam 6.30 pg, kami singgah solat subuh di R&R Rawang. Dalam pukul 7 sambung perjalanan.
โ EXIT Tapah dalam jam 8pg (Cepat gila sebab naik Starex. Member bawak macam pelesit hahha)
โ Kami sampai area Campsite jam 9pg+. Sebelum tu cari parking yang sesuai dan senang menapak angkut barang.
Actualy Parking Area untuk visitor agak jauh dari Tapak. Terpinga jugak masa sampai tu. Bila survey, boleh parking didalam sebenarnya sebab ada yang parking dalam area rumah kakitangan.
So kitorang parking depan rumah staff. Dekat sikit ke campsite. Barang banyak kot haha
Depan pagar campsite pun boleh kot sebenarnya walaupun ada papan tanda No Parking disitu. Maybe sebab weekend ada kelonggaran sikit untuk parking. Sebab ramai
โ Inform renjer, bila dah sampai. Member yang deal dengan renjer terus ke ofis, bayar fee untuk masuk. Bayaran adalah mengikut kepala, bukan tapak khemah. Then terus masuk angkat barang.
โ Follow renjer, dia akan tunjukkan tapak yang kita nak setup.ย
โ Setup khemah, seterusnya masak-masak. Lapor wei. Sambil tu layan persekitaran hutan yang nyaman, sekali-sekala dengar bunyi air anak sungai mengalir.
Oh indah!
Sejuk je mata memandang tengok hijau pokok.