Tips Ber-Camping

Assalam hi.

Korang suka bercamping tak? ๐Ÿ™‚

Kali ni aku nak share sikit tips bercamping.

Kalau yang dah biasa camping tu, inshaAllah takde masalah dan tahu apa nak bawak. ๐Ÿ˜€

Bercamping ni, bukanlah macam aktiviti picnic yang kita selalu pegi dengan family atau rakan-rakan yang nak bersantai dan tak bermalam.

Pegi pagi – balik petang.

Sekadar bawak makanan, baju lebih (in case nak mandi-manda di sungai atau pantai). Makanan pun dah siap-siap masak dirumah dan terus bekalkan untuk berpicnic :p

Bagi aku camping ni, lebih advance sikit dari berpicnic.

Sebab biasanya akan bermalam!


Teluk Senangin, Perak

Sesetengah orang pikir, pegi picnic dengan bercamping itu sama.

Tu sebab bagi sesetengah orang, yang baru join bercamping akan bawa barang yang tidak sepatutnya dibawa dan yang WAJIB kena bawa, dia tak bawa pulak.

HA HA AHA!

Penting wei, persediaan peralatan sebelum bercamping.

Selain tu, yang paling utama, sebelum bercamping pastikan tempat yang kita nak pegi tu selamat.

Ingat, bukan semua tempat camping tu selamat.

Blue Lagoon Port Dickson

Pastikan tempat bercamping selamat

โœ”ย Sebelum bercamping pastikan tempat adalah selamat. Biasanya kita akan baca blog-blog lain untuk review atau tanya la kengkawan sebelum buat keputusan untuk bercamping.

Elakkan tempat yang sunyi. Keselamatan amatlah penting ๐Ÿ™‚

Kalau camping group ramai-ramai takpa.

Nak tanya dekat mana?

Korang tanya jer dekat group fb Hiking Camping Around Malaysia (HACAM), senang.

โœ”ย Pastikan ada tempat untuk bercamping

Kalau campsite tu hot (ramai orang) dan kena booking dengan pihak berwajib, so buatlah tempahan awal-awal takut full :p

Kalau tempat open, kena datang awal setup khemah. Tapi pastikan dulu tempat tu boleh bermalam ke tak. Sebab sesetengah tempat, tak boleh bermalam.

Kalau bercamping di hutan, kena call Jabatan Perhutan Daerah berdekatan. Biasanya akan dikenakan bayaran samada ikut tapak atau kepala.

Atau,

Mohon permit sebelum masuk ke hutan.

โœ” Peralatan yang perlu dibawa ketika bercamping

Bercamping samada di pantai atau di dalam hutan, banyak benda penting yang kita perlu bawa. Terutamanya bagi yang nak bermalam.

So berikut adalah peralatan yang perlu kita bawa semasa bercamping,

1. Khemah / Fly Sheet (Wajib)

2. Tikar / Ground Sheet & Tali

3. Lampu / Headlamp

4. First Aid Kit

5. Portable Stove & Gas

6. Micro fibre Towel

7. Personal itemย (Seluar, T-Shirt, Sweater / Windbraker dsb)

8. Tools (Pisau / Lighter dsb)

9. Insect Repellent

10. Makanan / Minuman dsb jangan lupa! ๐Ÿ˜€

11. Sleeping bag (Kalau ada duit lebih boleh beli. Kalau tak, tido dengan sweater pun dah ok)
12. Belerang / Sulfur

Banyak tak?

Kalau yang tak biasa, mesti akan kata, muat ke untuk semua ni dalam 1 bag saja?

Mestila muat.

Biasanya kalau yang dah biasa terlibat dengan aktiviti outdoor, akan tahu barang outdoor macamne. Semua comel-comel.

Tak perlu bawak bag banyak-banyak. Kang tak muat khemah.

Kalau yang nak bercamping jauh ke dalam hutan, perlu trekking atau hiking biasanya bawak 1 bag jer untuk semua barang. Kalau banyak-banyak bag, sapa yang nak angkut?ย 

Ko sorang larat? >.<

Tapi bag kenala besar. Maybe dalam 60-75L dan boleh muat untuk barang untuk 2 orang. ๐Ÿ™‚ Kalau semalam je, tak perlula bag besar tu. 40L dah memadai.

Yang mana kita boleh share, kita share ๐Ÿ˜€

Untuk persediaan mendaki, korang boleh baca sini

โœ” Khemah / Fly Sheet

Kalau namanya nak bercamping, wajibla kena bawa khemah / fly. Kalau takde khemah, korang boleh sewa. Biasanya akan di caj satu khemah RM30/day.



โœ” Tikar / Ground Sheet / Tali

Wajib bawa. Nak makan, nak solat atau lapik dalam khemah bagi aku perlu. Kalau korang rasa tak penting, tak payah bawa ๐Ÿ™‚

In case kalau hujan, korang pikir sendiri :p

Tali tu, nak sidai atau nak ikat apa-apa ke senang.

โœ” Lampu / Headlamp

Benda ni penting. Kalau bermalam, lampu amatlah penting. At least korang bawa torch light.



โœ” First Aid Kit

Wajib bawa. Biasalah kalau dah bermalam dekat luar. Tergigit serangga ke ape ke, yang ni sangat perlu. Kira sumbatla ubat-ubat, minyak angin dsb ๐Ÿ˜€

โœ” Portable Stove & Gas

Peralatan memasak perlu. Nak makan & minum kan? Takkan setiap kali nak makan, cari restoran. Bukanlah bercamping namanya :p Jangan risau, ada jual yang sekecil-kecil alam.




Tapi kalau nak mencabar lagi, korang boleh cari kayu & bakar buat unggun api ๐Ÿ˜€

โœ” Micro Fibre Towel

Towel, aku sugest bawak yang jenis microfibre. Sebab cepat kering dan boleh lipat kecik-kecik.


Kalau nak bawak towel biasa pun boleh, tapi tebal dan lambat kering.

โœ” Personal Item

Wei, personal item sangatlah penting. Baju, seluar, barangan mandi dan lain-lain takkan ko taknak bawak. Nak bogel ke? haha :p

โœ” Tools

Pisau, sudu / garpu penting. Nak memasak atau potong apa-apa, benda ni sangat penting. Beli yang macam ni jer,


3 dalam 1. Senang.

โœ” Insect Repellent

Yang ni pun penting. Ada jual jenis losyen atau spray. Korang boleh baca sini.

โœ” Makanan / Minuman

Wajib ler bawak :p Beli je yang simple, senang nak masak dan janji kenyang.

โœ” Sleeping Bag

Kalau ada duit lebih, boleh rembat satu. Kalau jenis jarang camping tempat sejuk atau jarang naik gunung, tak payah beli la. Pakai sweater pun dah ok.

Tapi aku takut nak pakai sleeping bag yang macamni,


Macam mummia >.<

โœ” Belerang / Sulfur

Ni penting, biasanya kalau tidur dalam hutan kita tabur serbuk belerang ni disekeliling kawasan khemah. Untuk pastikan binatang berbisa tak masuk kawasan perkhemahan kita. InshaAllah.


Gambar rembat di Google

Tapi ada yang kata, nyalakan unggun api dah memadai dan tak perlu tabur belerang. Yang ni aku tak sure. Buat dua-dua lagi bagus kot :p

P/S: Kalau tapak perkhemahan tu atas simen, tak guna tabur belerang. Ada yang kata tak menjadi huhu

So, persediaan barang-barang keperluan nak bercamping ni sangatlah penting. Janganla amik mudah. Melainkan ko tak bermalam dan hanya nak bersantai-santai jer ๐Ÿ˜



P/S: InshaAllah esok aku bercamping di Sungai Pauh, CH. Semoga perjalanan pegi dan balik selamat, InshaAllah. ๐Ÿ˜œ

Ok, tu je lah setakat ni!

Adios,
ASTraveler 2018

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *